Month: September 2018

Di Luar Dugaan

Pada tahun 1986, Levan Merritt yang berusia lima tahun telah terjatuh ke kandang gorila yang sedalam 6 meter di Zoo Jersey, England. Apabila ibu bapanya dan para pelawat zoo yang lain berteriak untuk mendapatkan bantuan, Jambo, seekor Silverback gorila jantan datang untuk menyelamatkan budak lelaki yang tidak sedar itu daripada beberapa ekor gorila yang lain. Kemudian Jambo mula meraba-raba bahagian belakang budak itu. Apabila Levan terjaga dan mulai menangis, Jambo memimpin gorila-gorila lain masuk ke dalam kandang kecil masing-masing sementara para penjaga zoo dan pemandu ambulans datang untuk menyelamatkan Levan. Lebih daripada tiga puluh tahun kemudian, Levan masih bercakap mengenai Jambo, gergasi yang lembut itu—binatang ini bagaikan malaikat pelindungnya yang telah bertindak di luar dugaan, serta persepsinya tentang gorila diubah selama-lamanya.

Tempat Menemukan Harapan

Untuk masa yang lama, Elizabeth telah bergelut dengan ketagihan dadah. Setelah dipulihkan, dia ingin membantu orang lain sebagai balasan. Jadi dia mula menulis banyak nota tanpa menyatakan namanya, kemudian menyebarkan nota-nota tersebut di seluruh bandarnya. Elizabeth menyisipkan nota-nota ini di bawah pengelap cermin depan kereta dan melekatkannya pada tiang-tiang di sekitar taman. Suatu ketika dahulu dia pernah mencari tanda-tanda harapan; sekarang dia meletakkan tanda-tanda itu untuk dicari oleh orang lain. Salah satu catatannya diakhiri dengan kata-kata ini: “Harapan dikirim dengan penuh kasih.”

Masa yang Tepat

Semalam saya telah membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak sulung saya ke universiti. Saya berasa hairan apabila papan kekunci pada komputer masih dapat berfungsi kerana ia dipenuhi dengan air mata saya semasa saya memilih penerbangannya. Saya telah menikmati kehidupan setiap hari selama lapan belas tahun bersamanya, justeru saya berasa sedih dengan pemergiannya. Namun saya tidak akan menghalang anak saya yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, semata-mata kerana saya akan merinduinya. Inilah masa yang sesuai baginya untuk memulakan satu perjalanan baru dan menemukan kedewasaan dalam hidupnya, serta menerokai negara lain.

Terlukis pada Telapak Tangan-Nya

Pada tahun 1800-an, ketika Pastor Charles Spurgeon mengembala gereja di London untuk masa yang panjang, dia suka berkhutbah tentang ajaran-ajaran yang berharga dalam kitab Yesaya 49:16, yang mengatakan bahawa Tuhan melukiskan kita di telapak tangan-Nya. Dia berkata, “Teks sebegini harus diajar ratusan kali!” Pemikiran ini adalah begitu berharga sehingga kita boleh mengulanginya dalam fikiran kita berkali-kali.